Pendaftaran Ekelas Sesi 2019

23 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2018, Pusat Internet Kg. Bandong mengadakan pendaftaran pelajar eKelas untuk sesi 2019. Seramai 39 orang pelajar yang telah berdaftar untuk sesi 2019 yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah sekitar Sibu. Ibu bapa turut hadir memeriahkan sesi pendaftaran tersebut.

Antara agenda yang diadakan ialah taklimat eKelas, pengenalan kepada Portal eKelas dan sesi pendaftaran Portal eKelas. Diharap agar eKelas untuk sesi 2019 lebih meriah daripada tahun-tahun lepas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali